Wednesday, July 27, 2016

DAHULU GADIS INI SELALU DI EJEK SEKARANG SUDAH POPULAR!!! Tengok gambar ketiga sungguh MENGEJUTKAN!

Hidup Sengsara Kerana Berbadan Gempal!

Screenshot 2016-07-27 08.27.13
DARI GEMPAL JADI RATU CANTIK
DIALAH MISS SELANGOR EARTH 2016
Ini kisah dirinya…
Setiap hari saya mendapat pengikut baru yang bertanyakan tentang diri saya dan banyak lagi. Saya sedang melanjutkan pelajaran diploma dalam bidang TESL di MSU, Shah Alam. Selain itu, saya juga suka memberi motivasi dan inspirasi kepada orang ramai. Dulu, saya tak ada sebarang matlamat hidup. Saya pernah dibuli setiap hari oleh kawan-kawan saya sendiri kerana memiliki berat badan berlebihan dan mungkin kelihatan hodoh di mata mereka. Saudara-mara saya sendiri membuatkan hidup saya sengsara. Saya lalui pelbagai kesusahan sejak umur 12 hingga 16 tahun, sehingga saya ambil keputusan untuk menangani masalah tersebut sendiri kerana sedar, jika saya tidak bertindak sekarang maka saya akan kekal selamanya begitu. Saya terpaksa memaksa diri dan mengorbankan banyak benda untuk berada di tahap sekarang.

Tak Ambil Sebarang Pil Kurus!


Insan yang berada disisi saya dan memberi motivasi untuk saya terus melangkah ke depan hanyalah ayah dan Justin. Saya mula menyukai perubahan yang saya lihat pada diri saya. Apa yang diperlukan adalah usaha gigih di gimnasium, diet yang baik dan tiada ubat-ubatan pil penurun berat badan. Saya pernah melihat ibu saya sengsara selepas mengambil pil kurus, malah tidak mahu makan apa-apa. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membuktikan bahawa berat badan boleh dikurangkan tanpa sebarang jenis ubat-ubatan. 

Dan ini hasilnya. Saya akan bersenam bila ada masa, dan cuba untuk makan makanan yang sihat. Jika saya boleh melakukannya, mengapa anda tidak? Semuanya bergantung kepada pemikiran. Matlamat anda. Usahalah untuk mendapatkannya. Buktikan pada orang sekeliling bahawa anda boleh menjadi lebih daripada apa yang mereka bayangkan. Anda boleh melakukannya. Anda juga boleh dm saya untuk bertanyakan soalan tentang senaman dan nutrisi makanan. Mungkin saya akan ambil masa untuk balas, tapi saya sentiasa pastikan untuk balas. Have a good day you guys.
STORY BY : JOANNA JOSEPH

Sunday, July 24, 2016

PUNCA SEBENAR ADLIN DITAHAN!!! LIHAT REAKSI IBU ADLIN (GAMBAR)!!!




PELAKON, Adlin Aman Ramlie pada sidang media mengenai Kes Penipuan Hartanah di Sri Pentas, Damansara. - Foto Aziah Azmee PETALING JAYA: Pelakon, Adlin Aman Ramlie, 44, hari ini tampil menafikan tuduhan dia ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan hartanah, baru-baru ini. Adlin berkata, beliau sebaliknya hanya diminta hadir ke balai polis untuk membantu siasatan dan dibenarkan pulang dalam tempoh kurang 24 jam. Beliau juga menyifatkan dirinya dieksploitasi oleh syarikat pelaburan tidak sah demi kepentingan mereka, selain memohon semua pihak agar tidak terpengaruh dengan khabar angin bertebaran di media sosial. "Benar saya pernah bekerjasama dengan syarikat pelaburan terbabit, namun sebagai undangan khas untuk majlis dan acara. "Tujuan saya mengadakan sidang media pada hari ini bagi menjelaskan salah faham yang timbul selepas saya diminta hadir membantu siasatan. "Khabar angin yang mengatakan saya direman empat hari adalah tidak benar sama sekali," kata yang mengadakan sidang media khas di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini. Adlin bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu itu kerana ia masih dalam siasatan pihak berkuasa. Sebelum ini laporan media menyebut anak kepada pelakon veteran Ruminah Sidek itu antara individu yang ditahan polis dipercayai bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan kerugian melebihi RM10 juta.